Saya sempat juga tengok pratonton filem terbaru terbitan kawan lama Saya, Raja Azmi. Filem dia khabarnya hendak tayang mulai 26 Julai ini. Amboi, dah lama heboh nak tayang, akhirnya dapat juga temui penonton. Ini bukan filem sulung Raja Azmi. Tak silap Saya, ini dah masuk filem keempatnya selepas Black Widow Wajah Ayu, Emas Melayu dan Cinta 20 Ela. Haru Biru bagi Saya filem daripada remaja, mengenai remaja dan untuk remaja. Penulis skripnya, Adlin Aman Ramli dan pengarahnya Shadan Hashim – kedua-duanya kira anak muda lagilah tu, kahwin pun belum!
Bagi Saya, dalam Haru Biru apa yang hendak digambarkan mengenai dunia persahabatan dan percintaan anak muda Melayu zaman sekarang. Tetapi ia digambarkan dengan imej negatif. Mereka terbabit dalam skandal dadah, gansterisme, pergaulan bebas, lumba haram dan macam-macam gejala negatif. Pendek kata, filem ini memang haru biru pasal remaja Melayu. Terlebih sangat benda buruk nak dipaparkan. Bagi Saya, ceritanya macam gabungan cerita cinta filem Yusof Haslam, diadun dengan filem Remp-It dan kemudian diselit pula elemen filem samseng dalam cerita pengarah Bade Azmi seperti Castello dan Syaitan. Ramuan semua itu, jadilah Haru Biru.
Read more »
Filed under: artis, Betty Banafe, Dynaz Omar, Eman Manan, filem, haru biru, Ijoy Azhari, Que Haidar, wayang | Leave a Comment »