Sensasi CTOS dan CCRIS

Apabila data kewangan peribadi kehilangan kepercayaan rakyat.

Isu ini sudah agak lama. Malah lebih dari dua puluh tahun isu yang dibawa senyap tanpa mendapat pengadilan yang sewajarnya. Pandangan peribadi saya mengatakan bahawa hampir 70% atau mungkin 80% warga dewasa di Malaysia mempunyai “kredit rating” di kedua-dua badan ini (CTOS dan CCRIS).

Jika anda adalah pelanggan, peminjam, penjamin mana-mana bank termasuklah pengguna kad kredit dan kad caj di Malaysia maka anda akan dapati rekod peribadi anda disimpan di kedua-dua organisasi ini. Masalahnya kebanyakan rekod ini lambat dikemaskinikan dan kadang-kadang rekod ini tidak melambangkan status kewangan pemunya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini mempertikaikan bagaimana CTOS beroperasi dan lesen yang diperlukanya. Malah dia berkata bahawa pihak Kerajaan tidak pernah meluluskan mana-mana lesen untuk menyimpan data peribadi orang ramai.

Bagaimana CTOS boleh beroperasi sekian lama dan menyimpan begitu banyak data peribadi orang ramai tanpa pengetahuan Kerajaan. Adakah wajar maklumat peribadi orang ramai yang sewajarnya dirahsiakan (akta privasi) terletak di tangan sebuah syarikat Sendirian Berhad.

Untuk pengetahuan anda semua, Bank Negara Malaysia pernah mengeluarkan garis panduan penyimpanan “credit rating” ini melalui Akta Bank Negara 1958 yang mana hasil daripada akta ini menyebabkan tertubuhnya CCRIS (Central Credit Reference Information System) yang dikawalselia oleh Bank Negara.

Persoalannya sekarang ini adakah masih lagi perlu wujudnya CTOS yang dikendalikan oleh sebuah syarikat Sendirian Berhad (Credit Tip Off Service Sdn. Bhd) yang mana maklumat yang disimpan meragukan ataupun hanya CCRIS sahaja yang perlu menjadi rujukan semua institusi kewangan.

Siapakah yang di sebalik CTOS dan bagaimana CTOS beroperasi sehingga membolehkan ianya mendapat semua maklumat peribadi orang ramai? Inilah yang menjadi keraguan bagi banyak pihak.

Pihak institusi kewangan, along, pemungut wang (berlesen atau tidak) serta pihak berkuasa tempatan bukan sahaja menggunakan maklumat peribadi dari CTOS untuk mengesahkan status individu namun saya dapati mereka juga menggunakan “hantu-hantu” mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan dari KSWP, LHDN dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Malah jangan anda terkejut jika mereka-mereka ini (pihak institusi kewangan, along, pemungut wang (berlesen atau tidak) serta pihak berkuasa tempatan) boleh mendapatkan salinan penyata KWSP dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada bila-bila masa sahaja.

Bukan itu sahaja, mereka juga amat mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai akaun bank anda hanya dengan satu panggilan telefon sahaja. Adakah kita ingin membenarkan maklumat peribadi kita menjadi tontonan dan status kewangan kita ditentukan oleh mereka tanpa satu piawaian yang telus dan sahih.

Kesimpulannya, perlukah CTOS dibenarkan terus beroperasi tanpa kawalan? –

One Response

  1. Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: