Elyana tidak kisah di tuduh sombong

Elyana ada kala gila-gila, sesekali bersopan
elyana.jpg

ORANGNYA nampak ceria dan sering bergaya funky, namun sebalik itu, Erneelya Elyana Emrizal, atau Elyana, 20, sebenarnya seorang yang moody dan boleh berubah sikap dalam sekelip mata. Jadi tidak hairanlah jika ada yang menganggapnya sombong dan sukar didekati.

Berpijak di bumi nyata, Elyana akur dengan telahan pendapat sesetengah orang yang tidak mengenalinya, malah tidak pernah ambil pusing kerana hanya keluarga dan teman-teman rapat memahami dirinya.

Sambi tersenyum manja, Elyana akui: “Saya tidak kisah kalau ada yang menganggap saya sombong, mereka tak kenal saya sebenarnya. Saya bukanlah seperti yang digambarkan dan sukar didekati, sikap saya berubah bukanlah di depan orang yang tidak dikenali.

“Saya manja orangnya, jadi bagi keluarga dan teman-teman mereka tahu tentu ada sebabnya kenapa saya tiba-tiba jadi moody. Saya jarang tunjuk moody saya pada orang tapi pada keluarga dan teman rapat, mereka cukup faham dengan sikap saya yang tiba-tiba akan jadi pendiam.

“Mereka tidak berani kacau saya melayan fikiran, malah biarkan saya sendirian. Dalam situasi biasa, saya boleh jadi gila-gila serta perangai gadis rock, kadangkala boleh bertukar jadi sopan dan ayu. Lucukan kalau ingatkan perangai saya? Mungkin sebab itulah saya sering didampingi ramai teman untuk berkongsi suka duka.”

Selama hampir tujuh tahun melayari hidup sebagai penyanyi, Elyana kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Diam tak diam, gadis kelahiran Shah Alam, Selangor itu sudah tampil dengan tiga filem iaitu Gong, Dukun, dan Dunia Baru The Movie. Adakah ruang nyanyian semakin sempit selepas kehadiran bakat-bakat program realiti membuatkannya beralih arah ke bidang lakonan?

Katanya, kehadiran bakat realiti sememangnya mewarnai dunia nyanyian, malah tidak terdetik dalam hatinya untuk bersaing dengan mereka. Diam seketika, Elyana berkata: “Kita kena percaya pada rezeki, kalau tiada bakat realiti sekalipun, pastinya ramai penyanyi baru tetap akan muncul..

“Saya tidak pernah anggap bakat realiti jadi penyebab artis lama tidak boleh cari makan. Dan saya bukannya beralih pada bidang lakonan sebab sudah tidak laku menyanyi, sebaliknya saya fikir sudah masanya saya mencuba sesuatu yang baru untuk kerjaya seni saya.

“Dulu saya memang tak pernah minat jadi pelakon, malah tak yakin dengan keupayaan diri. Bagaimanapun, selepas melihat semua rakan-rakan artis yang sebaya dengan saya semuanya mencuba nasib dalam bidang lakonan, barulah terbuka pintu hati saya, apatah lagi ketika itu, zaman VCD sedang laris.”

Bermula dengan lakonan VCD Seriau arahan Elly Suriati, Elyana ditawarkan pula berlakon filem Gong dan seterusnya drama bersiri Dunia Baru yang kini sudah difilemkan.

Kata Elyana, dia semakin seronok berlakon selepas drama Dunia Baru memasuki musim ketiga. Sungguhpun begitu, bidang nyanyian tetap tidak diketepikan.

“Saya tetap akan menyanyi, itu adalah jiwa saya. Saya berlakon hanya pada waktu lapang atau ketika tidak terikat dengan aktiviti promosi album.

“Kini saya kembali menumpukan perhatian pada bidang nyanyian kerana saya akan muncul dengan album terbaru tidak lama lagi. Untuk single pertama, saya mempertaruhkan Kau Atau Aku ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Az Samad. Saya bersyukur walaupun album belum siap, lagu ini semakin kerap diputarkan di corong radio.

“Album kelima saya dalam proses pembikinan, masih lima lagu belum dirakamkan. Saya juga merakamkan semula lagu Niat yang pernah memperkenalkan nama saya dalam dunia seni, bagaimanapun gubahan muzik dengan nafas baru dilakukan semula oleh Aidit Alfian,” katanya.

Elyana berkata, rakaman lagu Niat dilakukan untuk memenuhi permintaan peminatnya memandangkan lagu berkenaan tidak dimuatkan lagi dalam album solonya dulu. Dia juga mahukan kelainan menerusi albumnya kali ini dan memilih rentak pop rock yang semakin serasi dengannya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: