Ahmad Idham, Pierra dikawal ketat di Manila

Buat kali pertamanya masyarakat Filipina kenali secara dekat pengarah dan pelakon Malaysia apabila Jangan Pandang Belakang ditayang disana
manila.jpg
PELUANG mengikuti bersama rombongan produksi filem Jangan Pandang Belakang di Manila adalah pengalaman menyeronokkan. Biarpun menghadapi sedikit masalah untuk mendapatkan makanan halal sepanjang tiga hari berada di sana tetapi melihatkan orang Filipina juga teruja dengan kehadiran filem seram dari Malaysia ini, ia sudah memberi kegembiraan kepada semua peserta rombongan.

Buktinya dilihat sejurus tayangan gala menjelang pembukaan rasmi filem itu dibuat kerana hampir semua wakil media dan warga filem yang dijemput menghadiri majlis itu memuji filem berkenaan, selain penerbit, pengarah dan pelakon filem itu tidak putus-putus diberi ucapan tahniah.

Poster filem itu tidak sama seperti mana posternya apabila ia ditayangkan di Malaysia, Singapura atau Brunei kerana imej yang dipaparkan pada kanvas ialah satu makhluk berupa hantu dengan rambut mengurai panjang dan paras muka yang kehitaman pekat.

Jangan Pandang Belakang menggunakan judul bahasa Inggeris dengan nama Don’t Look Back. Ia ditayangkan menerusi 23 pawagam di sekitar Manila. Lebih menarik, ia bukannya menghiasi pawagam kecil tetapi semua pawagam utama yang kebiasaannya menayangkan filem mega dari Hollywood dan Hong Kong.

Keceriaan terpancar pada wajah penerbit filem itu, David Teo kerana usaha kerasnya menunjukkan hasil baik apabila melihat reaksi daripada wakil media massa Filipina yang menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut produksi angan Pandang Belakang.

“Saya bawa filem ini ke Manila bukan sekadar mahu cari untung peribadi tetapi saya mahu beri sumbangan untuk industri filem kita. Sekarang sudah terbukti filem Melayu juga dapat masuk pawagam di Manila. Filem kita dapat tayang di pawagam besar bukannya dalam televisyen. Filem Melayu akhirnya sudah berjaya sampai ke sini selepas berpuluh tahun kita mencuba. Saya harap ada penerbit filem lain akan mengikut jejak saya ke sini. Selepas ini pula saya mahu cuba pula bawa filem seram, Congkak,” kata David.

Pengarah Ahmad Idham dan pelakon, Pierre Andre sebelum ini langsung tidak dikenali oleh media massa di sana tetapi kehadiran mereka berdua diberi sokongan padu oleh wartawan dan jurugambar di sana. Jadual temu bual mereka bersama stesen televisyen dan radio juga ketat, sesekali Pierre turut merungut kerana terlalu penat akibat rehat tidak cukup.

“Penat memanglah penat tetapi apabila tengok mereka sambut baik kita, hilang penat, tidak sangka mereka hargai kedatangan pelakon Malaysia,” kata Pierre ketika kami singgah makan malam di sebuah restoran bernama Penang Hills.

Melihat kelibat Ahmad Idham dan Pierre yang diberi kawalan keselamatan ketat, termasuk sentiasa diiringi pengawal peribadi sepanjang mereka menjalankan kegiatan promosi dan menghadiri tayangan gala di Robinson Galleria Movieworld, bagaikan terasa seolah-olah Ahmad Idham dan Pierre bintang filem besar sedangkan di Malaysia pun mereka tidak diberi layanan sebegitu.

Malah, ketika Ahmad Idham dan Pierre berhenti rehat untuk menikmati capuccino di Coffee Bean berdekatan hotel penginapan, Imperial Palace Suites, pengawal peribadi juga mengawasi rapat mereka. Betul-betul macam film star!

“Nampaknya ada peluang lagi filem kita selepas ini ditayang di Manila, tengoklah waktu tayangan gala tadi, tidak sangka ramai faham cerita ini, kita boleh tengok ada yang menjerit dan terkejut apabila sampai babak hantu… menjadi juga tahap seram filem ini. Walaupun masyarakat di sini majoritinya Kristian tetapi mereka boleh layan filem macam ini yang ada elemen Islam dan ada ayat suci al-Quran. Saya kira berdakwahlah juga,” kata Ahmad Idham berseloroh dan sesekali ketawa besar apabila wakil media Malaysia memberitahu beliau dilabelkan sebagai Chito Rono Malaysia. Chito ialah nama seorang pengarah filem seram terkenal di Filipina.

Ahmad Idham juga mengadu orang Filipina sukar untuk sebut namanya dan selalu tersasul dengan panggilan ‘Emet Dehem” dan ada juga wartawan di sana memanggilnya dengan nama “Amet Adem” atau “Iham”. Ia berbeza dengan nama Pierre Andre yang lebih serasi sebutannya di kalangan orang Filipina.

Sepanjang berada di Manila, promosi yang dibuat untuk filem itu termasuklah menemubual David bersama Ahmad Idham dan Pierre iaitu sesi wawancara di beberapa rangkaian stesen televisyen dan juga radio, antaranya Max FM, Wave 89.1, Mellow Touch, RJ TV 29, Un TV, ANC, GMA 7. Ada temu bual yang dibuat seawal jam 4 pagi dan juga selewat 7 malam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: