Artis Malaysia sekadar cukup syarat

Memang seronok tengok dunia hiburan kita sekarang makin meriah dengan kemunculan ramai bakat baru dalam dunia nyanyian. Bukan saja artis kita sendiri sibuk muncul di sana-sini dan diberi publisiti, tapi artis dari seberang juga tumpang sekaki. Artis Indonesia kini semakin ligat masuk mendekati hati orang kita.

Tapi rupa-rupanya meriah artis kita cuma meriah tak seberapa mana. Saya tengok apabila makin ramai penyanyi baru muncul terutama daripada rancangan realiti TV, nama mereka hanya panas sekejap saja kemudian terus sejuk. Muka mereka yang dulu riuh sekampung tapi bila habis program realiti, nama mereka menyepi dan bila muncul dengan album sulung, tak seberapa mana sedapnya. Dulu Saya lihat rancangan Bintang Cari Bintang, apabila si juara Mentor, Fiq dapat kalahkan artis Indonesia, bangga juga saya tapi sekarang nama Fiq pun dah tenggelam.

Peliknya, bila ada artis baru dari Indonesia datang, mereka cepat diterima orang kita sendiri, bukannya sebab publisiti tetapi sebab lagu mereka, penampilan vokal dan imej muzik mereka senang diterima orang kita. Maknanya, mereka beri lagu yang bermutu dan mampu penuhi selera orang kita. Sampai ada sanggup buat konsert untuk mereka, tapi artis dari negara kita sendiri, susahnya nak dapat peluang sebab promoter tak yakin.

Saya rasa, kita kena fikir balik, inilah bahana apabila banyak sangat rancangan realiti guna SMS. Hujung-hujung, tak ke mana sudahnya, sampai ada dah jadi pekasam dan boleh balik kampung tanam jangung. Saya malu, kita ada ramai bakat baru tetapi yang orang kita tetap suka artis Indonesia macam Irwansyah, Acha, Agens Monica dan sekarang pula, Yuni Shara artis berkumpulan pula, macam dewa, peterpan, radja, nidji, dan banyak lah lagi. Siapa nak jawab nie?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: