Haru Biru kisah remaja ‘lalok’

Saya sempat juga tengok pratonton filem terbaru terbitan kawan lama Saya, Raja Azmi. Filem dia khabarnya hendak tayang mulai 26 Julai ini. Amboi, dah lama heboh nak tayang, akhirnya dapat juga temui penonton. Ini bukan filem sulung Raja Azmi. Tak silap Saya, ini dah masuk filem keempatnya selepas Black Widow Wajah Ayu, Emas Melayu dan Cinta 20 Ela. Haru Biru bagi Saya filem daripada remaja, mengenai remaja dan untuk remaja. Penulis skripnya, Adlin Aman Ramli dan pengarahnya Shadan Hashim – kedua-duanya kira anak muda lagilah tu, kahwin pun belum!

Bagi Saya, dalam Haru Biru apa yang hendak digambarkan mengenai dunia persahabatan dan percintaan anak muda Melayu zaman sekarang. Tetapi ia digambarkan dengan imej negatif. Mereka terbabit dalam skandal dadah, gansterisme, pergaulan bebas, lumba haram dan macam-macam gejala negatif. Pendek kata, filem ini memang haru biru pasal remaja Melayu. Terlebih sangat benda buruk nak dipaparkan. Bagi Saya, ceritanya macam gabungan cerita cinta filem Yusof Haslam, diadun dengan filem Remp-It dan kemudian diselit pula elemen filem samseng dalam cerita pengarah Bade Azmi seperti Castello dan Syaitan. Ramuan semua itu, jadilah Haru Biru.

Tapi, Saya suka tengok lakonan Ijoy Azhari ada kelas, tak macam lakonannya dalam drama. Begitu juga lakonan Que Haidar dan Dynaz serta Betty. Kelebihan lakonan mereka ada tarikan, ditambah lagi kemunculan Eman Manan sebagai bapak gangster. Filem ni pun kalau kena gaya promosinya, boleh box-office juga.

Cuma, Saya tak seronoknya kerana filem itu seperti bangga dengan imej remaja Melayu yang rosak akhlak, ‘lalok’ dan sekadar suka berseronok tanpa ada haluan hidup. Kalau begitu contoh anak muda kita, memang bahaya masa depan negara. Penghujung ceritanya, tidak ada nilai moral boleh diambil iktibar.

Berikut adalah pelakon yang menjayakan Filem tersebut :-

Ijoy Azhari … Dani
Betty Banafe … Suzi
Que Haidar … Kid
Eman Manan … Abg Kecik
Dynaz Omar … Ariyana

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: